Posts

Showing posts from November, 2022

NASIHAT DALAM MENERJEMAH

Image
NASIHAT DALAM MENERJEMAH Bahasa Arab merupakan bahasa yang sangat ‘detail’. Bayangkan, ketika seorang penerjemah literatur Arab bertemu dua kalimah iaitu: 1.   حياة الإنسان 2.   حياة الإنسانية Kalimah yang nampak sepintas sama ini sebenarnya memiliki makna yang jauh berbeza. Seorang penerjemah yang tidak memiliki kemampuan gramatis dalam bahasa Arab tentu akan mudah keliru dalam menerjemahkan dua kalimah tersebut. Kemampuan menerjemah literatur Arab itu tidak boleh hanya bermodalkan nahu, saraf, dan kamus Arab-Melayu sahaja, akan tetapi ianya juga memerlukan usaha dan memerlukan masa serta semangat yang tinggi dalam membaca dan mengikuti logik serta tatabahasa Arab. Apalagi bagi mereka yang nahu dan sarafnya hanya faham sekadar sahaja dengan tidak mendalam. Cara melatihnya bagaimana? Cuma satu cara, iaitu hiduplah dengan membaca literatur Arab selama bertahun-tahun. Habiskan waktu kita siang dan malam untuk membaca teks-teks Arab sehingga terbiasa dengan cara bertuturnya oran

ETIKA DALAM TERJEMAHAN

 Sebelum melakukan aktiviti terjemahan seorang penterjemah hendaklah mematuhi beberapa kod etika lebih lebih lagi jika terjemahan melibatkan bidang kuasa perundangan. Kod ini adalah dikuatkuasa oleh Penterjemah Undang - Undang dan Jurubahasa Mahkamah dari Persekutuan Penterjemah Antarabangsa.  Pertama, penterjemah haruslah menyampaikan mesej yang diperkatakan secara tepat dan sempurna untuk menjamin ketepatan maklumat yang disampaikan dalam teks sebuah kes. Kedua, penterjemah tidak  boleh mengubah, menambah atau membuang sesuatu daripada tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Ketigam dalam melakukan terjemahan teks undang - undang, penterjemah perlu mengelakkan daripada mengguna bahasa yang kompleks dak teknikal untuk memastikan pembaca mudah fahami apa yang dimaksudkan dalam teks undang - undang serta mengelakkan jurang komunikasi.  Selain itu, penterjemah perlu menentukan bentuk alihan bahasa dan istilah undang - undang asal ke bahasa sasaran yang tepat dari segi perkataan

KATA PINJAMAN BAHASA ARAB

Assalamuaikum semua, hari ini saya ingin berkongsi mengenai kata pinjaman Bahasa Arab ☺ Kata pinjaman Bahasa Arab ialah perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab yang dipinjam dan digunakan di dalam penggunaan Bahasa Melayu. Perbedaharaan kata Bahasa Melayu yang berasal dari Bahasa Arab cukup banyak dan diperkirakan sekitar 2,000 hingga 3,000. Terdapat 4 jenis pinjaman perkataan Bahasa Arab iaitu:  Sebutan dan erti masih sama dengan asalnya              contohnya: abad, abadi, abdi, adat, amal                                 syariat, ulama, wajib, ziarah, bakhil, baligh                                             musyawarah, mahkamah, musibah dll.  Sebutan berubah, erti masih masa              contohnya:               - berkah, barakat atau dari perkataan "barakah"              - darjat dari perkataan "darajah"              - mungkin dari perkataan "mumkin"              - makalah dari perkataan "maqalah"  Sebutan dan erti berubah dari sebutan d

KARYA AINON MUHAMMAD @ AINON MOHD (TOKOH TERJEMAHAN TEMPATAN)

Image
  AINON MUHAMMAD @ AINON MOHD  (TOKOH TERJEMAHAN TEMPATAN) Ainon Muhammad @ Ainon Mohd dilahirkan di Jenjarum, Selangor pada 11 Februari 1950. Beliau seorang usahawan dan seorang penulis yang kreatif. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda (Linguistik dan Sastera, 1973), Diploma Penterjemahan dan Interpretasi (1977) daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana (Linguistik) daripada Leeds University (1979). Beliau berkhidmat di DBP (1973-1988) dan pernah menjadi Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.             Seterusnya, beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1988, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, PTS Consultants Sdn Bhd dan memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara karyanya adalah:           Mendorong Diri Sendiri (2002).           Psikologi kejayaan (2003).  

Syair Arab: Kau Ajari aku

Syair arab yang bertajuk Kau Ajari Aku berkisahkan tentang lauahan hati. Luahan hati ini dari seorang pelajar kepada gurunya yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada dirinya sehingga dia dapat menjadi orang yang berguna. Berikut merupakan bait- bait syair beserta dengan terjemahannya.  عَلَّمْتَنِي kau ajari aku  حَيْرَتِي شَرَدَتْ في الظُّلامِ kebingunganku tersesat dalam kegelapan تَرَنَّحْتُ بِوُفْرَةِ التَّعْبِ ku berjalan terhuyung-hayang penuh lelah بِدُوْنِ النُّوْرِ وَالسِّرَاجِ المُضِيْءِ tanpa cahaya, tanpa lentera penyinar وَقَصْبَكَ تَعَمَّدْتُ شَيْخِيْ hanya tongkatmu ku berpegang, wahai guru besarku عَلَّمْتَنِي مَا لَمْ تَعْرِفْ نَفْسِي kau ajari aku apapun yang tak ku tahu علمتني بِجُهْدِكَ العَظِيْم kau ajari aku dengan usaha kerasmu نَوَّرْتَنِي بِنُوْرِكَ المُنِيْرِ kau sinari aku dengan sinar terangmu تَحْمِلُنِيَ بَوَّابَةَ الفَرْحِ kau bawa diriku pada gerbang kebahagiaan _nurathirahbtmatnapi_a184103_ 

ORANG PERTAMA MENTERJEMAH AL-QURAN KE BAHASA INGGERIS

Image
  ORANG PERTAMA MENTERJEMAH AL-QURAN KE BAHASA INGGERIS Sir Abdullah Yusuf Ali merupakan seorang Muslim yang berwarganegara Inggeris dan berasal dari Pakistan. Ali dilahirkan pada 14 April 1872 di Mumbai City, India. Pada masa itu, India tengah dijajah oleh British. Beliau dilahirkan dari keluarga Islam dan berpendidikan dengan pendidikan Islam. Melalui penjagaan dan bimbingan daripada keluarganya, dia berjaya menghafal 30 juzuk Quran. Beliau juga mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab dan Inggeris dengan lancar. Kemahiran bahasa Inggeris Abdullah Yusuf Ali tiada tandingannya. Dia mempelajari kesusasteraan Inggeris di beberapa Universiti Eropah seperti Universiti Leeds. Kemudian, dia kembali ke England dan meninggal dunia di London. Dia dikebumikan di England, di tanah perkuburan Islam khas di Brockward- Syria, berhampiran Werkneck.             Permulaan cerita Kitab The Holy Qur'an: Teks, Terjemahan dan Ulasan adalah karya fenomenal Abdullah Yusuf Ali. Al-Quran terjemahan bahasa In

KELAYAKAN PENTERJEMAH

Mengetahui bahasa sumber Mengetahui bahasa sasaran Mengetahui topik/subjek yang akan diterjemahkan Mengetahui teori terjemahan Mengetahui sasaran/khalayak pembaca  NOR FATIHAH AMIRAH BINT MUHD ARIFFIN (A184273)

OBJEKTIF INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALYSIA (ITBM)

Image
 Institut Terjemahan dan Buku Malaysia atau singkatannya ITBM ditubuhkan oleh kerajaan malaysia pada 14 september 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia. Selain itu, ITBM ditubuhkan bagi mengangkat bidang terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat, kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara objektif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ialah: Memperkasa khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa Memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti dalam bahasa melayu. Memperbanyak usaha penterjemahan dan penerbitan karya penting kebangsaan ke bahasa asing. Menyediakan platform kepada penulis tempatan bagi menghasilkan karya asli dalam pelbagai genre. Memantapkan perkhidmatan kejurubahasaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Memperluas promosi dan pemasaran khidmat serta produk ITBM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Melahirkan modal insan y

KARYA PROF. EMERITUS DR. ABDULLAH HASSAN (TOKOH TERJEMAHAN TEMPATAN)

Image
  PROF. EMERITUS DR. ABDULLAH HASSAN  (TOKOH TERJEMAHAN TEMPATAN) Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dilahirkan pada 20 Mac 1942 di Teluk Anson (Intan), Perak. Beliau memperoleh ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am daripada University of Edinburgh, Scotland. Atas kesarjanaannya beliau dianugerahi gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysiaa pada 2006.             Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Pada masa ini beliau adalah Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1977 – sekarang). Di bawah pimpinannya, terdapat beberapa usaha mengadakan persidangan penterjemahan antaranbangsa dua tahun sekali (yang terbaharu pada 2017 di Petaling Jaya). Antara karyanya adalah:         Terjemahan dalam Bidang Pendidikan (2004).         Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu

Terjemahan Lagu Rahmatun Lil`Alameen

Image
Lagu Rahmatun Lil`Alameen merupakan satu lagu yang dikeluarkan oleh penyanyi tersohor iaitu Maher Zain. Lagu ini telah dikeluarkan pada  29 Mei 2022. Lagu ini dikisahkan tentang Nabi Muhammad SAW yang mengajarkan umatnya pada kebaikan, kedamaian serta memberi petunjuk untuk umatnya. Disini telah dilampirkan lirik beserta terjemahannya.                                                              يَا مَنْ صَلَّيتَ بِكُلَّ الأَنْبِياء wahai engkau yang menjadi imam semua Nabi dalam solat يَا مَنْ فِيْ قَلْبِكَ رَحْمَةٌ لِلنَّاسْ wahai engkau yang hatinya berisi rahmat buat semua manusia يَا مَنْ أَلَّفْتَ قُلُوْبًا بِالْإِسْلَامْ wahai yang menyatukan hati melalui islam يَا حَبِيْبِي يَا شَفِيْعي يَا رَسُولَ الله  kekasihku, syafaatku, wahai Rasulullah  بِأُمِّي وَأَبِي ... فَدَيْتُكَ سَيِّدِي aku akan mengorbankan ayah dan ibuku...untukmu  wahai Nabiku صَلَاةٌ وَسَّلَامْ ... عَلَيْكَ يَا نَبِيّ  selawat dan salam .....keatasmu wahai Nabi حَبِيْبِي يَا... مُحَمَّدْ kekasihku ..

PRINSIP PENTERJEMAHAN GEORGE CAMPBELL

  GEORGE CAMPBELL (1759) Pada tahun 1789, George Campbell telah menulis sebuah buku yang menerangkan tentang sejarah dan teori terjemahan. Secara ringkas, beliau telah mengemukakan 3 prinsip dalam kaedah penterjemahan. Antara 3 prinsip tersebut ialah: i.    Penterjemah hendaklah mengekalkan makna yang terkandung dalam teks asal dan mengekalkan unsur-unsur seperti perkataan, struktur ayat dan stail kepengarangan penulis asal. ii.   Penterjemah juga mesti mengekalkan sifat-sifa teks asal tetapi dengan cara penterjemah menggunakan ciri-ciri dan keistimewaan yang ada pada bahasa penerima. iii.  Penterjemah hendaklah memastikan supaya penterjemahan itu terasa seolah-olah sebuah karya asli, mudah dibaca, senang difahami serta gaya bahasa yang bersahaja.   POSTED BY: NUR BUSYRA KAUTHAR

DEFINISI TERJEMAHAN

 1) Catford(1965)  "Penggantian bahan teks dalam sesuatu bahasa (bahasa sumber) dengan bahan yang sepadan dalam bahasa lain (bahasa sasaran)". 2) Finlay(1971) "Daripada definisi ini difahami bahawa individu atau program komputer yang bertindak memindahkan teks daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain dinamakan sebagai penterjemah (translator), manakala disiplin ilmu yang berkaitan dengan hal ehwal penghasilah terjemahan dikenali sebagai kajian penterjemahan (translation studies). 3) Nida & Taber(1974:1982) "Menghasilkan semula dalam bahasa sasaran padanan paling hampir dan sesuai dengan bahasa sumber, pertama sekali dari segi maknanya, dan keduanya dari segi gaya penulisan. NOR FATIHAH AMIRAH BINTI MUHD ARIFFIN (A184273)

ETIENE DOLET

Image
Etiene Dolet merupakan individu awal yang mengemukakan teori terjemahan dan telah menerbitkan prinsip-prinsipnya pada tahun 1540. Antara prinsip-prinsipnya ialah: 1. Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks sumber. 2. Penterjemah mestilah menguasai dengan baik bahasa sumber dan bahasa penerima terjemahan itu. 3. Penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan kerana perbuatan itu akan merosakkan makna asal dan membinasakan keindahan teks sumber. 4. Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan dalam bahasa penerima. 5. Penterjemah mestilah mencipta semula kesan keseluruhan teks sumber yang betul melalui pemilihan dan susunan perkataan yang dibuatnya. Dolet telah menyatakan bahawa penterjemah hendaklah mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. beliau juga tidak membezakan darjah penguasaan penterjemah dalam bahasa sumber dan bahasa penerima. Kesimpulannya, penterjemah hendaklah menguasai kedua-dua bahasa terse

PRINSIP TERJEMAHAN ALEXENDER FRASER TYTLER

Image
  ALEXENDER FRASER TYTLER Alexander Fraser Tytler dilahirkan pada 15 Oktober 1747 di Edinburgh. Beliau ialah seorang peguambela, hakim, penulis dan ahli sejarah Scotland yang merupakan Profesor Sejarah Sejagat, Antikuiti Yunani dan Rom di Universiti Edinburgh. Pada tahun 1790, Alexender Fraser Tytler melalui bukunya berjudul “The Principle Fraser Tytler”, Tytler mengemukakan prinsip terjemahan: i.                     Sesuatu terjemahan itu hendaklah mengekalkan semua makna yang terkandung dalam teks asal. ii.                    Stail dan gaya bahasa terjemahan mestilah sifatnya sama dengan stail dan gaya teks asal. iii.                  Kesan terjemahan itu mesti dirasakan seolah-olah sebuah karya asli. Selain itu, Tytler telah memperkenalkan Teknik-teknik moden yang dapat digunakan hingga ke hari ini. Beberapa Teknik yang dikemukakan oleh Tytler bersifat sangat moden dan dapat dipraktikkan pemakainnya. Menurut beliau, penterjemah boleh membuat tambahan sekiranya hal itu penting bagi m

PRINSIP DRYDEN

Image
  JOHN DRYDEN John Dryden lahir pada 19 Ogos tahun 1931. Beliau merupakan seorang penyair Inggeris, pengkritik sastera, penterjemah dan pengarang drama. Pada tahun 1688, beliau telah diiktiraf sebagai penyair pertama Inggeris.  Antara hasil karya terjemahannya ialah Fables Ancient and Modern yang mengandungi sembilan belas terjemahan.           Prinsip Dryden wujud pada tahun 1680 iaitu selepas menentang pendapat Abraham Cowley (1656) dan terus mengatakan bahawa terjemahan Cowley sebagai tiruan. Kemudian wujud 3 prinsip terjemahan Dryden iaitu: 1.     Metafrasa: Penterjemahan perkataan demi perkataan dan baris demi baris. 2.     Prafrasa: Penterjemahan yang mengikuti karya asal dengan rapat tetapi yang diikuti ialah makna dan bukannya perkataan atau susunan ayatnya. 3.     Tiruan: Penterjemahan yang mengambil sikap bebas iaitu mengubah kedua-dua perkataan dan makna sekali apabila dirasakan hal itu perlu demi kepentingan semangat teks tersebut.   POSTED BY: NUR BUSYR

MAKSUD TERJEMAHAN

 Terjemah didefinisikan sebagai tafsiran perkataan yang menggunakan perkataan dalam   bahasa lain yang berasal daripada perkataan bahasa Arab   yaitu tarjama (ترجم) yutarjimu (يترجم) dan tarjamatan (ترجمة) (Louis Mal'uf, 1886:60). Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (2007), perkataan terjamah sendiri mempunyai dua maksud iaitu, yang pertama menterjemah teks atau buku daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain dan   mempunyai hubungan rapat dengan pentafsiran dan penghuraian. Ini boleh ditemui dalam buku-buku sejarah, falsafah dan sains yang diterjemahkan oleh penterjemah bahasa Arab daripada bahasa lain. Manakala maksud tarjamah yang kedua ialah autobiografi. Proses terjemahan yang melibatkan dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa sasar                     Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) telah mendefinisikan terjemahan sebagai pindahan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain. Ini bermaksud proses penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau t

BIODATA DAN OBJEKTIF

Image
     MAUIZHAH MUNIRAH BINTI HASHIM A180802 NUR BUSYRA KAUTHAR BINTI ABDULLAH A184096 NUR ATHIRAH BINTI MAT NAPI A184103 NOR FATIHAH AMIRAH BINTI MUHD ARIFFIN A184273 NURSHAIRAH BINTI AHMAD MUSLIM A184326 OBJEKTIF PENTERJEMAHAN Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penterjemahan. Perkongsian asas-asas dalam penterjemahan teks. Proses menghasilkan satu teks terjemahan yang mudah difahami.