PRINSIP PENTERJEMAHAN GEORGE CAMPBELL
GEORGE CAMPBELL (1759)
Pada tahun 1789, George Campbell
telah menulis sebuah buku yang menerangkan tentang sejarah dan teori terjemahan.
Secara ringkas, beliau telah mengemukakan 3 prinsip dalam kaedah penterjemahan.
Antara 3 prinsip tersebut ialah:
i. Penterjemah
hendaklah mengekalkan makna yang terkandung dalam teks asal dan mengekalkan
unsur-unsur seperti perkataan, struktur ayat dan stail kepengarangan penulis
asal.
ii. Penterjemah juga mesti mengekalkan sifat-sifa teks asal tetapi
dengan cara penterjemah menggunakan ciri-ciri dan keistimewaan yang ada pada
bahasa penerima.
iii. Penterjemah hendaklah memastikan supaya penterjemahan itu terasa
seolah-olah sebuah karya asli, mudah dibaca, senang difahami serta gaya bahasa
yang bersahaja.
POSTED BY:
NUR BUSYRA KAUTHAR
Comments
Post a Comment