ETIENE DOLET
Etiene Dolet merupakan individu awal yang mengemukakan teori terjemahan dan telah menerbitkan prinsip-prinsipnya pada tahun 1540.
Antara prinsip-prinsipnya ialah:
1. Penterjemah hendaklah benar-benar memahami isi dan hasrat penulis teks sumber.
2. Penterjemah mestilah menguasai dengan baik bahasa sumber dan bahasa penerima terjemahan itu.
3. Penterjemah tidak boleh menterjemah perkataan demi perkataan kerana perbuatan itu akan merosakkan makna asal dan membinasakan keindahan teks sumber.
4. Penterjemah hendaklah menggunakan bentuk-bentuk bahasa yang biasa digunakan dalam bahasa penerima.
5. Penterjemah mestilah mencipta semula kesan keseluruhan teks sumber yang betul melalui pemilihan dan susunan perkataan yang dibuatnya.
Dolet telah menyatakan bahawa penterjemah hendaklah mengetahui semangat dan tujuan pengarang asal. beliau juga tidak membezakan darjah penguasaan penterjemah dalam bahasa sumber dan bahasa penerima.
Kesimpulannya, penterjemah hendaklah menguasai kedua-dua bahasa tersebut dengan baik. Dolet juga menyarankan supaya penterjemah mengelakkan daripada menterjemah secara literalisme iaitu perkataan demi perkataan. Prinsip ini bersesuaian untuk terjemahan bacaan umum. Etiene Dolet juga menekankan betapa pentingnya unsur stilistik untuk kerja-kerja terjemahan yang serius tanpa mengira jenis media dan isi teks.
-Mauizhah Munirah Binti Hashim-
Comments
Post a Comment