ORANG PERTAMA MENTERJEMAH AL-QURAN KE BAHASA INGGERIS

 

ORANG PERTAMA MENTERJEMAH AL-QURAN KE BAHASA INGGERIS



Sir Abdullah Yusuf Ali merupakan seorang Muslim yang berwarganegara Inggeris dan berasal dari Pakistan. Ali dilahirkan pada 14 April 1872 di Mumbai City, India. Pada masa itu, India tengah dijajah oleh British. Beliau dilahirkan dari keluarga Islam dan berpendidikan dengan pendidikan Islam. Melalui penjagaan dan bimbingan daripada keluarganya, dia berjaya menghafal 30 juzuk Quran. Beliau juga mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab dan Inggeris dengan lancar. Kemahiran bahasa Inggeris Abdullah Yusuf Ali tiada tandingannya. Dia mempelajari kesusasteraan Inggeris di beberapa Universiti Eropah seperti Universiti Leeds. Kemudian, dia kembali ke England dan meninggal dunia di London. Dia dikebumikan di England, di tanah perkuburan Islam khas di Brockward- Syria, berhampiran Werkneck.

            Permulaan cerita Kitab The Holy Qur'an: Teks, Terjemahan dan Ulasan adalah karya fenomenal Abdullah Yusuf Ali. Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris ini dicetak pada tahun 1934. Sebenarnya, Sir Abdullah Yusuf Ali bukanlah orang pertama yang menterjemah al-Quran ke dalam bahasa Inggeris. Namun Sir Abdullah Yusuf Ali lebih dikenali sebagai orang pertama yang menterjemah. Antara sebab Sir Abdullah Yusuf Ali lebih dikenali adalah:

 

        I.                        Dia tidak hanya menterjemah perkataan demi perkataan akan tetapi dia juga memberi lebih padanan kata yang sempurna.

      II.                        Abdullah Yusuf Ali turut memberikan tafsiran yang ringkas dan mudah bagi setiap ayat.

 

Di samping itu, Abdullah Yusuf Ali telah menghabiskan 40 tahun usianya untuk menyempurnakan terjemahan ini. Dia juga menjadi rujukan dalam bahasa Inggeris dan tatabahasa. Justeru, terjemahan bukan sahaja berguna sebagai bahasa pengganti, tetapi ia juga memberi inspirasi kepada ramai orientalis untuk belajar Arab dan Islam.

 

POSTED BY:

NUR BUSYRA KAUTHAR


Comments

Popular posts from this blog

UNGKAPAN HARIAN

Perkataan Berlawanan