KARYA PROF. EMERITUS DR. ABDULLAH HASSAN (TOKOH TERJEMAHAN TEMPATAN)

 

PROF. EMERITUS DR. ABDULLAH HASSAN

 (TOKOH TERJEMAHAN TEMPATAN)

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan dilahirkan pada 20 Mac 1942 di Teluk Anson (Intan), Perak. Beliau memperoleh ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am daripada University of Edinburgh, Scotland. Atas kesarjanaannya beliau dianugerahi gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysiaa pada 2006.

            Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Pada masa ini beliau adalah Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1977 – sekarang). Di bawah pimpinannya, terdapat beberapa usaha mengadakan persidangan penterjemahan antaranbangsa dua tahun sekali (yang terbaharu pada 2017 di Petaling Jaya). Antara karyanya adalah:

  •        Terjemahan dalam Bidang Pendidikan (2004).
  •        Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu (2005).
  •        Karya bersama isterinya, Ainon Mohamad iaitu Teori dan Teknik Terjemahan (2008).



POSTED BY,

NURSHAIRAH AHMAD MUSLIM






\


Comments

Popular posts from this blog

UNGKAPAN HARIAN

Perkataan Berlawanan