ETIKA DALAM TERJEMAHAN
Sebelum melakukan aktiviti terjemahan seorang penterjemah hendaklah mematuhi beberapa kod etika lebih lebih lagi jika terjemahan melibatkan bidang kuasa perundangan. Kod ini adalah dikuatkuasa oleh Penterjemah Undang - Undang dan Jurubahasa Mahkamah dari Persekutuan Penterjemah Antarabangsa.
Pertama, penterjemah haruslah menyampaikan mesej yang diperkatakan secara tepat dan sempurna untuk menjamin ketepatan maklumat yang disampaikan dalam teks sebuah kes. Kedua, penterjemah tidak boleh mengubah, menambah atau membuang sesuatu daripada tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Ketigam dalam melakukan terjemahan teks undang - undang, penterjemah perlu mengelakkan daripada mengguna bahasa yang kompleks dak teknikal untuk memastikan pembaca mudah fahami apa yang dimaksudkan dalam teks undang - undang serta mengelakkan jurang komunikasi.
Selain itu, penterjemah perlu menentukan bentuk alihan bahasa dan istilah undang - undang asal ke bahasa sasaran yang tepat dari segi perkataan, frasa, struktur dan tatabahasa ayat. Penterjemah juga diingatkan supaya tidak memberikan sebarang komen atau pendapat sesuatu tugasan teks kerana kenyataan tersebut boleh disalah erti oleh pembaca. Dalam proses menterjemah juga, tatabahasa penerima harus dihormati. Ini bermaksud tatabahasa asing tidak seharusnya dipaksa terjemah ke dalam teks terjemahan.
NOR FATIHAH AMIRAH BINTI MUHD ARIFFIN (A184273)
Comments
Post a Comment