KARYA AINON MUHAMMAD @ AINON MOHD (TOKOH TERJEMAHAN TEMPATAN)

 

AINON MUHAMMAD @ AINON MOHD

 (TOKOH TERJEMAHAN TEMPATAN)



Ainon Muhammad @ Ainon Mohd dilahirkan di Jenjarum, Selangor pada 11 Februari 1950. Beliau seorang usahawan dan seorang penulis yang kreatif. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda (Linguistik dan Sastera, 1973), Diploma Penterjemahan dan Interpretasi (1977) daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana (Linguistik) daripada Leeds University (1979). Beliau berkhidmat di DBP (1973-1988) dan pernah menjadi Pegawai Penyelidik Bahasa dan Sastera, Ketua Unit Terjemahan Sastera, Ketua Unit Penyelidikan Bahasa dan sebagai Ketua Bahagian Terjemahan.

            Seterusnya, beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1988, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri, PTS Consultants Sdn Bhd dan memulakan perkhidmatan konsultansi dan kejurulatihan dalam bidang kreativiti. Antara karyanya adalah:

  •          Mendorong Diri Sendiri (2002).
  •          Psikologi kejayaan (2003).
  •          Teori dan Teknik Terjemahan (2006) yang ditulis bersama Abdullah Hassan.

 

POSTED BY,

NURSHAIRAH AHMAD MUSLIM 



Comments

Popular posts from this blog

UNGKAPAN HARIAN

Perkataan Berlawanan