PRINSIP TERJEMAHAN ALEXENDER FRASER TYTLER
Alexander Fraser Tytler dilahirkan pada 15 Oktober 1747 di Edinburgh. Beliau ialah seorang peguambela, hakim, penulis dan ahli sejarah Scotland yang merupakan Profesor Sejarah Sejagat, Antikuiti Yunani dan Rom di Universiti Edinburgh.
Pada tahun 1790, Alexender Fraser Tytler melalui bukunya berjudul “The Principle Fraser Tytler”, Tytler mengemukakan prinsip terjemahan:
i. Sesuatu terjemahan itu hendaklah mengekalkan semua makna yang terkandung dalam teks asal.
ii. Stail dan gaya bahasa terjemahan mestilah sifatnya sama dengan stail dan gaya teks asal.
iii. Kesan terjemahan itu mesti dirasakan seolah-olah sebuah karya asli. Selain itu, Tytler telah memperkenalkan Teknik-teknik moden yang dapat digunakan hingga ke hari ini.
Beberapa Teknik yang dikemukakan oleh Tytler bersifat sangat moden dan dapat dipraktikkan pemakainnya. Menurut beliau, penterjemah boleh membuat tambahan sekiranya hal itu penting bagi mengekalkan makna asal, ataupun mampu menjelaskan lagi hal tersebut.
Perkataan juga boleh dikurangkan apabila perkataan itu tiada fungsi penting serta tidak mencacatkan makna asal teks malahan membuatkan makna asal lebih jelas. Apabila makna asal itu kabur, penterjemah wajar membuat keputusan sendiri dan memilih makna yang paling sesuai dengan konteks.
POSTED BY,
NURSHAIRAH AHMAD MUSLIM
Comments
Post a Comment