MAKSUD TERJEMAHAN

 Terjemah didefinisikan sebagai tafsiran perkataan yang menggunakan perkataan dalam

 

bahasa lain yang berasal daripada perkataan bahasa Arab

 

yaitu tarjama (ترجم) yutarjimu (يترجم) dan tarjamatan (ترجمة) (Louis Mal'uf, 1886:60). Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (2007), perkataan terjamah sendiri mempunyai dua maksud iaitu, yang pertama menterjemah teks atau buku daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain dan

 

mempunyai hubungan rapat dengan pentafsiran dan penghuraian. Ini boleh ditemui dalam buku-buku sejarah, falsafah dan sains yang diterjemahkan oleh penterjemah bahasa Arab daripada bahasa lain. Manakala maksud tarjamah yang kedua ialah autobiografi. Proses terjemahan yang melibatkan dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa sasar


                    Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) telah mendefinisikan terjemahan sebagai pindahan daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain. Ini bermaksud proses penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa teks tersebut. 

Menurut New Mark (1981), penterjemahan ialah satu kesenian yang berusaha untuk menggantikan mesej atau pertayaan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej atau pertanyaan yang sama dalam bahasa lain. 

NOR FATIHAH AMIRAH BINTI  MUHD ARIFFIN (A184273)


Comments

Popular posts from this blog

UNGKAPAN HARIAN

Perkataan Berlawanan