OBJEKTIF INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALYSIA (ITBM)




 Institut Terjemahan dan Buku Malaysia atau singkatannya ITBM ditubuhkan oleh kerajaan malaysia pada 14 september 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia.

Selain itu, ITBM ditubuhkan bagi mengangkat bidang terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Antara objektif Institut Terjemahan dan Buku Malaysia ialah:

  • Memperkasa khidmat terjemahan dalam pelbagai bahasa
  • Memperbanyak terjemahan dan penerbitan bahan pengetahuan berkualiti dalam bahasa melayu.
  • Memperbanyak usaha penterjemahan dan penerbitan karya penting kebangsaan ke bahasa asing.
  • Menyediakan platform kepada penulis tempatan bagi menghasilkan karya asli dalam pelbagai genre.
  • Memantapkan perkhidmatan kejurubahasaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Memperluas promosi dan pemasaran khidmat serta produk ITBM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkemahiran tinggi melalui kursus dan latihan berkaitan terjemahan, penulisan dan penyuntingan.
  • Memantapkan keupayaan kapasiti dan tadbir urus organisasi untuk menyediakan khidmat dan produk ITBM.
  • Menyokong dan mendukung dasar kerajaan dan pihak berkepentingan dalam bidang terjemahan dan penerbitan buku.
  • Meningkat dan mengoptimumkan penggunaan prasarana untuk menunjangi kelestarian bidang terjemahan dan penerbitan buku.
  • Memantapkan keupayaan penterjemah, editor serta jurubahasa sambilan dan pengurusannya.




-MAUIZHAH MUNIRAH BINTI HASHIM-

Comments

Popular posts from this blog

UNGKAPAN HARIAN

Perkataan Berlawanan