Posts

Showing posts from December, 2022

Syair Arab: Tentang Guru

Image
    Syair arab yang bertajuk Tentang Guru ini mengisahkan tentang pujian ihklas dari para pelajar kepada guru-guru yang telah banyak menabur bakti kepada mereka untuk menjadikan mereka seorang yang berguna. Melalui syair ini juga, para pelajar menyatakan terima kasih kepada gurunya kerana sanggup berkorban dari segi masa, kewangan dan sebagainya untuk mendidik para pelajar.  Di bawah merupakan syair arab beserta terjemahannya.    يَا مُعَلِّم، بِالعِلْمِ نَنَالُ كُلَّ خَيْر …مِنْكَ الفَوَائِدُ كُلُّهَا لِلطَّالِبَات wahai guru, dengan ilmu kami dapatkan setiap kebaikan darimu setiap kebaikan-kebaikan bagi murid-murid تَبْذَلِيْنَ الجُهْدَ وَالعِلْمَ الوَفِيْر . تتعبيْنَ مِنْ أَجْلِنَا طُوْلَ الحَيَاة kalian kerahkan usahadan berikan ilmu yang berlimpah  hingga kalian merasa letih sepanjang hidup kerana kami مَا يَهُمُّكَ بِالزَّمَن بِرَدٍ وَهَجِيْر . تَسْهَرِيْنَ وَعُيُوْنُ غَيْرِكَ نَائِمَات kau tak mengkhawatirkan waktu dan pengeluaran  kau terjaga, sedang orang-orang sedang tidu

UNGKAPAN ARAB-MELAYU TENTANG PERASAAN

Image
  UNGKAPAN ARAB-MELAYU TENTANG PERASAAN Sedih dan gembira adalah satu keperluan bagi manusia. Ianya bersilih ganti, seperti siang dan malam. Allah telah menetapkan hal ini dalam firman-Nya: "Dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis". (QS. An-Najm : 43). Setiap orang mempunyai kesedihan dan kegembiraan mengikut bahagian yang telah ditetapkan Allah untuknya. Maka cukuplah bergembira, bersedihlah sejenak dan perbanyakkan rasa syukur atas anugerah yang Allah berikan, baik berupa tangisan mahupun tawa. Sedih itu adalah, saat engkau mencintai seseorang yang sama sekali tak pernah berfikir untuk mencintaimu. Aku suka duduk bersama laut. Desiran ombaknya bahkan lebih jujur daripada kata-kata sesetengah manusia. Kadang kita berfikir andai mimpi adalah kenyataan, dan kadang kita berfikir andai kenyataan ini hanyalah mimpi. POSTED BY: NUR BUSYRA KAUTHAR

FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR UNIVERSITI DALAM PENTERJEMAHAN TEKS ARAB-MELAYU

 Terdapat 7 faktor kelemahan para pelajar Universiti dalam terjemahan teks Arab-Melayu. Antaranya, ialah kelemahan memahami teks-teks bahasa Arab, kelemahan menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan ilmiah, kelemahan dalam menterjemahkan istilah-istilah Arab, mempunyai latar belakang ilmiah yang terhad dalam bidang-bidang yang hendak diterjemahkan, kelemahan dalam memahami konsep dan teori penterjemahan, kelemahan dalam mengetahui strategi dan proses penterjemahan dan tiada pengalaman serta kurang bimbingan dalam bidang penterjemahan. Kelamahan untuk memahami teks Bahasa Arab adalah pelajar kurang dan lemah dari aspek menguasai perbendaharaan kata dalam bahasa Arab. Selain itu, kelemahan menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan Ilmiah. Seperti kesalahan ejaa, kesilapan penggunaan kata, dari segi penggunaan struktur ayat. Sebagai contoh menggunakan huruf ringkas pada perkataan "yg" bermaksud "yang" .  Seterusnya, kelemahan dalam memahami konsep dan teori penterjema

العبارات الخاطئة

Kita harus bersungguh-sungguh 👈 ُلاَ بُدَّ عَلََينَا نَجْتَهِد👎       لَا بُدَّ لَناَ أَنْ نَجْتَهِد✌ ustaz berkata padaku👈 َّالأُسْتَاذُ قَالَ إِلَي👎  قَالَ لِي الأُسْتَاذُ✌ Hati-hati di jalan ya! 👈    !قَلْبٌ قَلْبٌ فِي الطَرِيق👎 !اِنْتَبِهْ فِيْ الطَّرِيق✌ Aku tinggal disini👈 !أَنَا أَسْكُنُ فِي هُنَا👎 !أَسْكُنُ هُنَا✌ Jangan beritahu sesiapa!👈 !لاَ تَتَكَلَّمُ إِلَى مَنْ مَنْ👎 ! لاَ تَقُلْ لإِيِّ أَحَدٍ✌ Adakah disana ada tempat pelancong?👈 َهَلْ فِي هُنَاك مَوْجُوْدٌ مَكَانُ التَّرْوِيْحِ؟👎 هَلْ يُوْجَدُ هُنَاكَ مَكَانُ التَّرْوِيْحِ؟✌ Ikut suka hati sayalah!👈 !! أُرِيْدُ أُرِيْدُ أَنَا👎 !! عَلَى مَا شِئْتُ / عَلَى فَرْحَتِيْ✌ Saya tak tahu apa-apa!!👈 !1أَنَا لاَ أَعْرِفُ مَاذَا مَاذَا👎 !! لاَ أَعْرِفُ شَيْئًا✌ Bila-bila masa sahaja!👈 ْ!1 مَتَى مَتَى فَقَط👎ْ !!فِي فُرصَة أُخرَى/ فِي وَقْتٍ آخَر✌ Tidak mengapa!👈  !! لَا مَاذَا مَاذَا👎   مَا فِيهِ مُشْكِلَة /لَابَأَْس✌ Semoga Bermanfaat  - MAUIZHAH MUNIRAH BINTI HASHIM -

PENTERJEMAHAN SEBAGAI SUMBER BAHASA MELAYU

Image
  PENTERJEMAHAN SEBAGAI SUMBER BAHASA MELAYU Terjemahan antara sumber pembinaan perbendaharaan atau kosa kata sesuatu bahasa, bahkan usaha penterjemahan telah bermula sejak zaman lampau. Menurut Puteri Roslina dalam buku Meneroka Penterjemahan Bahasa Melayu menyatakan bahawa bukti awal penterjemahan melalui penemuan batu bersurat yang bertarikh 3000 SM di tebing sungai Nil pada zaman Mesir Tua di Timur Tengah. Bukti ini menunjukkan bahawa kegiatan penterjemahan telah bermula lebih awal daripada tempoh itu kerana bahasa-bahasa dunia telah wujud sekian lama, maka hal ini memerlukan kepada penterjemahan sebagai medium pemindahan bahasa. Menyoroti penterjemahan bahasa Melayu, sejarah merekodkan bahawa tamadun Melayu yang menjadi teras tamadun Malaysia telah bergiat aktif dalam usaha penterjemahan yang dimulakan sejak era penterjemah istana, mubaligh sehinggalah penterjemah profesional apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Penterjemahan bahasa Melayu semakin mengorak lang

Resepi Tom Yam Ayam Simple

Image
Menjadi seorang ibu bukanlah senang. tambahan lagi apabila perlu memikirkan juadah makanan yang perlu di hidangkan kepada ahli keluarga setiap hari. Di sini saya lampirkan resepi tomyam ayam yang sangat simple dan mudah untuk dimasak tanpa memerlukan banyak bahan. Bahan- Bahan yang diperlukan:  1 ekor ayam dipotong kecil  الدجاجة  pes tomyam توابل  lengkuas جلنجان     serai  عشب الليمون  halia  زنجبيل cili padi  فلفل  lobak merah  جزر   bunga kubis  قرنبيط tomato  طماطم  limau nipis زيزفون  gula  سكر  garam ملح  cara- cara penyediaan: 1. Ayam direbus sehingga separuh matang, masukkan lengkuas, serai, halia dan pes tomyam secukup rasa. 2. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan cili padi (ikut kesesuaian), lobak merah, bunga kubis dan tomato beserta limau nipis.   3. Biarkan tomyam mendidih lagi ( tidak perlu lama), masukkan sedikit gula dan garam. 4. Siap dan hidang ketika panas.  _nurathirahbtmatnapi_a184103

KATA-KATA MUTIARA BAHASA ARAB TENTANG ILMU

Image
  KATA-KATA MUTIARA BAHASA ARAB TENTANG ILMU Imam Syafi’i -rahimahullahu- berkata: Ilmu bukanlah apa yang dihafal, akan tetapi yang bermanfaat. Imam Az-Zuhri -rahimahullahu- berkata: Sesungguhnya yang menyebabkan ilmu hilang adalah lupa dan tidak mengulanginya. Seorang penyair berkata: Keindahan tidak terletak pada pakaian yang menghiasi kita… Keindahan yang sesungguhnya adalah keindahan ilmu dan adab. Imam Sufyan Ats-Tsauri -rahimahullahu- berkata: Ketahuilah bahwa jika ilmu tidak memberimu manfaat, maka akan membahayakanmu. Imam Mujahid -rahimahullahu- berkata: Tidak akan pernah belajar orang yang malu dan sombong. POSTED BY: NUR BUSYRA KAUTHAR

KESILAPAN TERJEMAHAN BAHASA MELAYU-BAHASA ARAB MENGGUNAKAN GOOGLE TRANSLATE

 Ejen carian google atau dikenali juga dengan google translate telah menawarkan perkhidmatan penterjemahan lebih dari 50 bahasa di dunia. Pelbagai golongan masyarakat sama ada pelajar mahupun ahli akademik juga turut mendapat manfaat dari kemudahan mesin bahasa tersebut. Ramai dari kalangan pelajar-pelajar menggunakan perkhidmatan ejen carian google ini untuk menterjemah teks berbahasa Melayu ke bahasa Arab kerana ia percuma dan mudah untuk dicapai. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian pelbagai kesilapan terjemahan dari aspek semantik dapat dikesan dalam terjemahan Melayu-Arab. Antaranya, terjemahan yang diberikan adakalanya kurang tepat dan tidak berkaitan langsung juga dengan yang ingin diterjemahkan. Selain itu, perkataan yang berkaitan dengan peribahasa kerap kali diterjemahkan dengan terjemahan harfiy. Di samping itu, terdapat kesilapan tatabahasa yang ketara terutamanya dalam penggunaan kata ganti nama. Sedangkan ia adalah asas penting dalam bahasa Arab.  Namun begitu, te

ARABIC QUOTES

Image
 ْكَيفَ أَنسَاك وَقَد صَارَ اسمُك مَنقُوشًا  فيْ قَلْبِي 💝 Bagaimana aku boleh melupakanmu sedang namamu telah terukir di dalam hatiku. إِنَّ قَلبِيْ يَبتَسِمُ حِينَ أَرَاك 💝 Sungguh hati ini tersenyum saat ku menatapmu. ٌالحُبُّ وَعدٌ، وَالوَعدُ دَينٌ، والدَّينُ لاَ يَسُدُّهُ إِلَّا رَجُل 💝 Cinta itu sebuah janji, sedang janji adalah hutang, dan hanya lelaki sejati yang kan membayar hutangnya. مَن يُحبُّك حقًّا لَن يتَخلَّى عَنْك مَهمَا كَانَت الأَسبَاب 💝 Dia yang benar-benar mencintaimu takkan pernah mahu meninggalkanmu walau apapun alasannya. ِقَلبِيْ في حِدادٍ حَتَّى عَودَتِك إلَيه 💝 Hatiku akan terus berkabung, sampai kau kembali padanya. بعد الفراق إلى أين يتجه من كانت خريطته مرسومة بيد من يحب💝 Setelah berpisah, kemanakah perginya orang yang peta hidupnya telah terlukis di tangan orang yang ia cintai? لو كان للجمال وطن لكانت عاصمته عينيك💝 Andai keindahan mempunyai negara, maka pusat negara itu adalah kedua matamu. إنك لن تعرف قيمة اللّحظَة حتى تصبح الذكرَى💝 Sungguh kamu t

PERIBAHASA ARAB

  الأمثال العربية الطيور على أشكالها تقع 🠜 Enggang sama enggang,pipit sama pipit ضرب العصفورين بحجر واحد 🠜 Ibarat menyelam sambil minum air إن كنت ريحا فقد لاقيت إعصارا 🠜 Bagai buku bertemu ruas أن تسمع بالمعيدي خير من أن تراه 🠜 Indah khabar dari rupa سبق السيف العذل 🠜 Nasi sudah menjadi bubur جوزي جزاء سنمار 🠜  Susu dibalas tuba حاميها حراميها 🠜 Harapkan pegar, pegar makan padi لا يلدغ المؤمن من جحر واحد مرتين 🠜 Pisang tidak berbuah dua kali التعليم في الصغر كالنقش على الحجر 🠜 Melentur buluh biarlah dari rebungnya الإبن سر أبيه 🠜 Bapa borek anak rintik على أحر من الجمر 🠜 Bagai cacing kepanasan حينما يتوقف المطر تنسى المظلة 🠜 Sediakan payung sebelum hujan إذا صدق العزم وضح السبيل 🠜 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan الاتحاد أساس النجاح 🠜 Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh في التأني السلامة وفي العجلة الندامة 🠜 Biar lambat asalkan selamat Semoga Bermanfaat 💞 - MAUIZHAH MUNIRAH BINTI HASHIM -

KRITERIA-KRITERIA PENTERJEMAH

Image
  KRITERIA-KRITERIA PENTERJEMAH  InsyaAllah hari ini saya akan kongsikan pula apa kriteria seorang penterjamah? Mungkin ada diantara kita yang beranggapan bahawa dengan hanya mengetahui dua bahasa seseorang sudah boleh menterjemah. Sebenarnya itu adalah pandangan yang kurang tepat untuk menjadi seorang penterjemah kerana ianya memerlukan kriteria-kriteria tertentu. Jom! sama-sama kita pelajari syarat-syarat menjadi seorang penterjemah. 5 Syarat Utama  jika kita ingin menjadi seorang pentejemah adalah seperti berikut:    MENGETAHUI BAHASA SUMBER SECARA MENDALAM. Bahasa Sumber ialah bahasa asal yang hendak diterjemahkan kepada bahasa sasaran.  Misalnya kita ingin menterjemah buku dari melayu ke arab, maka melayu adalah bahasa sumber dan arab adalah bahasa sasaran, kedua-duanya sangat penting bagi seorang penterjemah untuk mengetahui secara mendalam. Mungkin, diantara kita ada yang tertanya-tanya mengapa seorang penterjemah perlu mengetahui bahasa sumber secara mendalam? Jawapannya a

Pekerjaan yang ada di Malaysia.

Image
Assalamualaikum semua. Hari ini saya akan menceritakan serba sedikit tentang pekerjaan yang ada di Malaysia.  Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang ramai. Maka terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang telah rakyat Malaysia dapat ceburi. Antaranya ialah  Itulah antara pekerjaan yang terdapat di Malaysia. Biarlah pekerjaan kita miliki mempunyai gaji yang rendah ataupun tinggi tetapi kita mestilah mensyukuri dengan apa yang kita miliki. Setakat ini dahulu perkongsian saya hari ini. Berjumpa lagi kita semua di blog saya yang akan datang.  _nurathirahbtmatnapi_a184103_  

PENTERJEMAHAN BUKAN KERJA MUDAH

Image
  PENTERJEMAHAN BUKAN KERJA MUDAH Kerja penterjemahan adalah kerja yang mulia tetapi bukan suatu kerja yang mudah dan senang. Penulis Russia, Vladimir Nabokov memaparkan kesalahan yang lazim dibuat oleh penterjemah iaitu: Ø   Kesalahan kerana kurang pengetahuan atau pemahaman tetapi boleh dimaafkan, yang banyak berpunca daripada kelalaian. Kepandaian dalam mencari dan menentukan perkataan paling tepat ialah tugas penting dalam penterjemahan. Selain itu, perasaan pembaca juga adalah sebagai kayu ukur utama dalam perdebatan baik atau buruk sesuatu terjemahan. Setiap pembaca (pengkritik juga) tidak sama sehingga wajar apabila ada perbezaan pendapat terhadap sesuatu terjemahan. Terjemahan sastera pada dasarnya berciri kemajmukan bahkan terjemahan sastera tidak boleh disempurnakan tanpa persaingan kreatif dan tidak boleh wujud terjemahan ideal. Adapun begitu, dalam novel sains fiksyen, penulis Amerika Syarikat (AS), Ursula Le Guin, suku bangsa di luar bumi menganggap penterjemah sebag

TERJEMAHAN ARAB - MELAYU MENGGUNAKAN GOOGLE TRANSLET

 Teknologi kini telah maju iaitu dengan mencipta kaedah mesin penterjemahan bagi memudahkan pembelajaran bahasa dan terjemahan dijalankan. Mesin penterjemahan berfungsi membantu manusia terutama kepada para pelajar untuk melakukan penterjemahan. Perkaitan antara mesin terjemahan dengan bahasa sangat rapat dan saling melengkapi. Hal ini kerana, para pelajar selalu menggunakan mesin terjemahan jika mereka tidak memahami sesuatu perkataan. Namun begitu, mesin terjemahan juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Sering berlaku perkataan yang diterjemahkan itu salah dan kurang tepat untuk penggunaan dalam teks dan sesuatu ayat. Oleh itu, kegunaan mesin terjemahan tidak salah kepada manusia namun, hendaklah lebih peka dan tidak bergantung kepada mesin terjemahan. Selain itu, aktiviti terjemahan merupakan satu keperluan kepada masyarakat untuk perkembangan tamadun dalam proses pemindahan ilmu pelbagai bidang dan juga bahasa-bahasa di seluruh dia. Ia juga membuka minda setiap individu untuk me

PEPATAH ARAB

Assalamualaikum... kali ini saya ingin berkongsi beberapa Pepatah Arab ✌   من سار على الدرب وصل ⮞ Barangsiapa berjalan pada jalannya maka dia akan sampai pada tujuannya من جد وجد      ⮞ S iapa yang berusaha dia akan berjaya من صبر ظفر ⮞ Siapa yang bersabar akan beruntung من قل صدقه قل صدقه ⮞ Siapa yang sedikit kejujurannya, sedikit pula temannya     الوقت أثمن من الذهب ⮞ Waktu itu lebih berharga daripada emas العقل السليم في الجسم السليم ⮞ Akal yang sihat itu terletak pada badan yang sihat من يزرع يحصد ⮞ Siapa yang menanam , dia yang menuai  العلم في الصغر كالنقش على الحجر ⮞ Belajar di waktu kecil bagai mengukir di atas batu سلامة الإنسان في حفظ  اللسان ⮞ Keselamatan manusia tergantung pada kemampuannya menjaga lisan أطلب العلم من المهد إلى اللحد ⮞ Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad قل الحق ولو كان مرا ⮞  Berkatalah benar, sekalipun ia pahit   افعل ما يسعدك فالأيام لن تعود ⮞  Lakukanlah hal yang membuatmu bahagia kerana hari-hari yang berlalu tak akan kembali Semoga Berma

KEPENTINGAN PENTERJEMAHAN DI MALAYSIA

Image
  KEPENTINGAN PENTERJEMAHAN DI MALAYSIA  Penterjemahan merupakan perpindahan mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Kepentingan bidang penterjemahan dapat dilihat melalui dunia pendidikan. Contohnya dalam aspek pemerolehan bahasa, penterjemahan akan membolehkan pelajar mempelajari kosa kata baharu, mengetahui penggunaan kata dan makna pelbagai jenis perkataan. Dengan mempelajari ilmu terjemahan, pelajar akan lebih sedar kehalusan akan bahasa ibunda mereka dan melihat kepentingan pemilihan kata dalam penterjemahan sekali gus dapat menguji kefahaman mereka dalam pembacaan. Selain itu, penterjemahan juga dapat menambahkan bilangan pembaca. Buku yang mengandungi pelbagai ilmu kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab dan bahasa Inggeris yang menjadikan bahasa itu sebagai sumber ilmu yang domain. Usaha penterjemahan harus dil

Syair Arab Karya Ali Ahmad Bakatsir

Ali Ahmad Bakatsir atau nama penuhnya ialah   Ali bin Ahmad bin Mohammed Bakathir. Beliau telah dilahirkan pada  21 Desember 1910. Beliau merupakan seorang yang berketurunan arab  Mesir yang berdarah Hadarami. Beliau telah dilahirkan oleh ibunya di Indonesia. Beliau merupakan  seorang penyair, pengarang drama dan novelis Mesir . Beliau juga adalah seorang pengarang drama berpengaruh, sandiwara terkenalnya adalah Epic of Omar . Ia juga menulis novel-novel sejarah, yang terkenal adalah Oh My Islam   dan The Red Rebel.  Ia juga merupakan seorang penerjemah, kerana dia menerjemahkan    Romeo dan Juliet . Beliau telah meninggal dunia pada  10 November 1969. Syair yang ditulis oleh beliau dibawah ini berkisahkan tentang cinta dan semangat kemerdekaan tanah air dari pelabgai bentuk penjajahan. Berikut merupakan antara syair yang ditulis oleh beliau bersama dengan terjemahannya sekali.  مَتَى يَؤُوبُ الطَّيرْ * يَوْمًا إلى وَكْرِهْ kala suatu hari burung itu kembali pada sarangnya sendiri فل