FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN PELAJAR UNIVERSITI DALAM PENTERJEMAHAN TEKS ARAB-MELAYU
Terdapat 7 faktor kelemahan para pelajar Universiti dalam terjemahan teks Arab-Melayu. Antaranya, ialah kelemahan memahami teks-teks bahasa Arab, kelemahan menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan ilmiah, kelemahan dalam menterjemahkan istilah-istilah Arab, mempunyai latar belakang ilmiah yang terhad dalam bidang-bidang yang hendak diterjemahkan, kelemahan dalam memahami konsep dan teori penterjemahan, kelemahan dalam mengetahui strategi dan proses penterjemahan dan tiada pengalaman serta kurang bimbingan dalam bidang penterjemahan. Kelamahan untuk memahami teks Bahasa Arab adalah pelajar kurang dan lemah dari aspek menguasai perbendaharaan kata dalam bahasa Arab. Selain itu, kelemahan menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan Ilmiah. Seperti kesalahan ejaa, kesilapan penggunaan kata, dari segi penggunaan struktur ayat. Sebagai contoh menggunakan huruf ringkas pada perkataan "yg" bermaksud "yang".
Seterusnya, kelemahan dalam memahami konsep dan teori penterjemahan. Definisi terjemahan dan teori makna dalam konsep penterjemahan pelajar hanya menggangap bidang terjemahan adalah suatu proses pengalihan bahasa semata-mata sedangkan penterjemahan adalah lebih daripada itu. Oleh itu, para pelajar haruslah memahami penterjemahan sebagai salah satu proses pemindahan dan pertukaran idea dari bahasa sumber kepada bahasa sasar. Ini bermakna, proses pemindahan unsur-unsur linguistik dan kebudayaan daripada bahasa sumber ke bahasa sasar akan berlaku dalam penterjemahan. Di samping itu, kelemahan dalam mengetahui strategi dan proses penterjemahan. Kelemahan ini amat jelas dilihat melalui teks-teks terjemahan para pelajar, terutamanya pada peringkat penyuntingan. Kebanyakan pelajar tidak menyunting bahan terjemahan mereka setelah selesai kerja penterjemahan yang dijalankan. Hal ini dapat dikesan melalui jumlah kesilapan bahasa yang tinggi terutamanya kesilapan ejaan dan kesilapan struktur ayat. Terdapat juga segelintir pelajar yang menterjemahkan teks-teks arab secara tergesa-gesa, malah terdapat juga yang meniru terjemahan pelajar lain. Para pelajar hendaklah membaca teks terjemahan dengan beberapa kali sehingga dapat satu gambaran apa yang diceritakan dalam teks arab tersebut. Sekiranya ada perkataan yang tidak difahami, pelajar haruslah merujuk kamus atau glosari istilah.
Kesimpulannya, kaedah-kaedah dan cara-cara mengatasi kelemahan itu hendaklah segera dirangka bagi melahirkan generasi pelajar yang berwibawa untuk memindahkan ilmu pengetahuan dan maklumat bermanfaat ke dalam bahasa Melayu, khususnya dalam bidang penterjemahan Arab-Melayu.
Comments
Post a Comment