TERJEMAHAN ARAB - MELAYU MENGGUNAKAN GOOGLE TRANSLET

 Teknologi kini telah maju iaitu dengan mencipta kaedah mesin penterjemahan bagi memudahkan pembelajaran bahasa dan terjemahan dijalankan. Mesin penterjemahan berfungsi membantu manusia terutama kepada para pelajar untuk melakukan penterjemahan. Perkaitan antara mesin terjemahan dengan bahasa sangat rapat dan saling melengkapi. Hal ini kerana, para pelajar selalu menggunakan mesin terjemahan jika mereka tidak memahami sesuatu perkataan. Namun begitu, mesin terjemahan juga mempunyai kelemahan yang tersendiri. Sering berlaku perkataan yang diterjemahkan itu salah dan kurang tepat untuk penggunaan dalam teks dan sesuatu ayat. Oleh itu, kegunaan mesin terjemahan tidak salah kepada manusia namun, hendaklah lebih peka dan tidak bergantung kepada mesin terjemahan.

Selain itu, aktiviti terjemahan merupakan satu keperluan kepada masyarakat untuk perkembangan tamadun dalam proses pemindahan ilmu pelbagai bidang dan juga bahasa-bahasa di seluruh dia. Ia juga membuka minda setiap individu untuk memperoleh ilmu baharu hasil peralihan daripada bangsa kepada bangsa lain. Seterusnya, penggunaan mesin terjemahan adalah sebuah alat untuk menterjemah perkataan sahaja bukan makna yang utama. 

Oleh itu, penggunaan mesin terjemahan terhad dan bergantung kepada perisian dan perkataan serta korpus bahasa yang sedia ada dan ianya tidak menekankan aspek nahu sesuatu bahasa. 

Comments

Popular posts from this blog

UNGKAPAN HARIAN

Perkataan Berlawanan