KRITERIA-KRITERIA PENTERJEMAH
KRITERIA-KRITERIA PENTERJEMAH
InsyaAllah hari
ini saya akan kongsikan pula apa kriteria seorang penterjamah?
Mungkin ada diantara kita yang beranggapan bahawa dengan hanya mengetahui dua bahasa seseorang sudah boleh menterjemah. Sebenarnya
itu adalah pandangan yang kurang tepat untuk menjadi seorang penterjemah kerana
ianya memerlukan kriteria-kriteria tertentu.
Jom! sama-sama kita pelajari syarat-syarat menjadi
seorang penterjemah.
5 Syarat Utama jika kita ingin menjadi seorang pentejemah adalah seperti berikut:
- MENGETAHUI BAHASA SUMBER SECARA MENDALAM.
Bahasa Sumber ialah bahasa asal yang hendak diterjemahkan kepada bahasa sasaran. Misalnya kita ingin menterjemah buku dari melayu ke arab, maka melayu adalah bahasa sumber dan arab adalah bahasa sasaran, kedua-duanya sangat penting bagi seorang penterjemah untuk mengetahui secara mendalam. Mungkin, diantara kita ada yang tertanya-tanya mengapa seorang penterjemah perlu mengetahui bahasa sumber secara mendalam? Jawapannya adalah kerana seseorang penterjemah dapat mengetahui selok-belok keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber supaya dapat membezakan makna yang terkandung dalam teks asal dan dengan sebab itu, penterjemah dapat mentakrifkan dan menafsirkan maksudnya dengan tepat.
Menurut pakar terjemahan,
seseorang penterjemah haruslah menguasai bahasa penerima lebih baik dari
bahasa sumber atau sekurang-kurangnya penterjemah mengetahui bahasa
sasaran sama baiknya dengan mengetahui bahasa sumber.
- MENGETAHUI BIDANG/SUBJEK YANG AKAN DITERJEMAHKAN
Pengetahuan seorang penterjemah dengan lebih mendalam dalam bidang yang akan diterjemahkannya adalah untuk menjamin makna atau maklumat yang terkandung dalam teks asal yang dapat dipindahkan dengan tepat dan sempurna daripada bahasa sumber ke dalam bahasa penerima, kerana ianya penting untuk penterjemahan teks-teks khusus, teknik, dan penterjemahan karya-karya sastera.
- MENGETAHUI TEORI TERJEMAHAN
Menerjemah dalam sesuatu terjemahan mestilah mempunyai teori dan kaedah ilmiahnya sendiri kerana terjemahan bukan hanya memindahkan perkataan sahaja, tetapi memindahkan idea, maklumat dan gaya. Seorang penterjemah memerlukan bantuan ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam bidang teori dan kaedah terjemahan semasa menjalankan penterjemahan.
- MENGETAHUI SASARAN PEMBACA
Seorang penterjemah mestilah mengetahui terjemahan yang sesuai dengan pembaca sasaran dan laras bahasa perlulah dijaga. Contohnya: Kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan kanak-kanak tersebut.
·
Mempunyai fikiran yang
terbuka
·
Ingatan yang baik
·
Minat yang mendalam
·
Boleh bekerja sendiri
·
Tidak malu bertanya
·
Jujur dan amanah
Kriteria yang penting bagi seorang penterjemah ialah PENGALAMAN. Pengalaman adalah aset yang bernilai dan ianya tidak datang bergolek malah diperoleh daripada ilmu dan latihan penterjemahan yang berpanjangan. Penterjemah juga boleh memanfaatkan pengalaman orang lain dan yang paling penting adalah penterjemah perlulah mencari pengalaman sendiri.
NOTE: EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER
Tugas menterjemah
bukanlah tugas yang mudah. Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan
pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan
baik. Semua syarat ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan mudah, semua
ini boleh dicapai jika penterjemah rajin berusaha, rajin belajar dan berlatih.
Semoga
bermanfaat 😊…
POSTED BY,
NURSHAIRAH
AHMAD MUSLIM
Comments
Post a Comment