KEPENTINGAN PENTERJEMAHAN DI MALAYSIA
KEPENTINGAN PENTERJEMAHAN DI MALAYSIA
Penterjemahan merupakan perpindahan mesej daripada satu bahasa kepada bahasa lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk menghasilkan satu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber).
Kepentingan bidang penterjemahan dapat dilihat melalui dunia pendidikan. Contohnya dalam aspek pemerolehan bahasa, penterjemahan akan membolehkan pelajar mempelajari kosa kata baharu, mengetahui penggunaan kata dan makna pelbagai jenis perkataan. Dengan mempelajari ilmu terjemahan, pelajar akan lebih sedar kehalusan akan bahasa ibunda mereka dan melihat kepentingan pemilihan kata dalam penterjemahan sekali gus dapat menguji kefahaman mereka dalam pembacaan.
Selain itu, penterjemahan juga dapat menambahkan bilangan pembaca. Buku yang mengandungi pelbagai ilmu kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab dan bahasa Inggeris yang menjadikan bahasa itu sebagai sumber ilmu yang domain. Usaha penterjemahan harus dilakukan untuk memastikan segala ilmu yang ditulis dalam bahasa itu akan tersebar luas. Oleh itu, pelbagai ilmu dapat dipindahkan melalui penterjemahan malah bilangan pembaca akan lebih meluas.
Kepentingan bidang penterjemahan adalah sebagai usaha untuk berkomunikasi dengan bangsa lain yang berbeza bahasa. Kepelbagaian bahasa pada masa yang sama akan mewujudkan jurang komunikasi jika seseorang itu tidak memahami bahasa penuturnya. Hubungan antara sumber maklumat (perucap, pertutur) dengan penerima maklumat (pembaca, pendengar) dalam sesuatu proses komunikasi tidak akan dapat terjalin tanpa adanya terjemahan. Dalam konteks ini, penterjemah bertindak sebagai jambatan komunikasi bagi menghubungkan dua pihak yang sebenarnya tidak dapat berkomunikasi.
Kesimpulannya,
bidang penterjemahan perlu dilihat sebagai salah satu komponen yang penting
dalam proses pembangunan negara bangsa. Usaha yang bersungguh–sungguh perlu
dilakukan dalam memperkasakan bidang penterjemahan untuk memanfaatkan segala
ilmu yang ada dengan menggunakan bahasa ibunda tanpa bersusah payah memahami
dalam bahasa asing. Hal ini demikian kerana penterjemahan mampu
mempromosikan negara Malaysia ke luar negara sekaligus membolehkan
masyarakat antarabangsa lebih memahami bangsa dan negara Malaysia.
POSTED BY,
NURSHAIRAH AHMAD MUSLIM
Comments
Post a Comment