PENTERJEMAHAN BUKAN KERJA MUDAH
PENTERJEMAHAN BUKAN KERJA MUDAH
Kerja penterjemahan adalah kerja
yang mulia tetapi bukan suatu kerja yang mudah dan senang. Penulis Russia,
Vladimir Nabokov memaparkan kesalahan yang lazim dibuat oleh penterjemah iaitu:
Ø Kesalahan kerana kurang
pengetahuan atau pemahaman tetapi boleh dimaafkan, yang banyak berpunca
daripada kelalaian.
Kepandaian dalam mencari dan menentukan
perkataan paling tepat ialah tugas penting dalam penterjemahan. Selain itu, perasaan
pembaca juga adalah sebagai kayu ukur utama dalam perdebatan baik atau buruk
sesuatu terjemahan. Setiap pembaca (pengkritik juga) tidak sama sehingga wajar
apabila ada perbezaan pendapat terhadap sesuatu terjemahan.
Terjemahan sastera pada dasarnya
berciri kemajmukan bahkan terjemahan sastera tidak boleh disempurnakan tanpa
persaingan kreatif dan tidak boleh wujud terjemahan ideal. Adapun begitu, dalam
novel sains fiksyen, penulis Amerika Syarikat (AS), Ursula Le Guin, suku bangsa
di luar bumi menganggap penterjemah sebagai Tuhan kerana dialah yang membuat
sesuatu yang tidak difahami sebagai boleh difahami. Manakala Pushkin telah membandingkan
penterjemah dengan kuda yang diganti-ganti di stesen peradaban. Dapat dilihat
di sini bahawa, begitu tinggi penilaian mereka terhadap penterjemah sehingga
dianggap pengantara mustahak dalam dialog peradaban.
POSTED BY:
NUR BUSYRA KAUTHAR
Comments
Post a Comment