TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB Jika anda tidak pandai mengarang maka jadilah seorang penyunting dan jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting, maka jadilah seorang penterjemah . 😊 Ayuh! kita sama-sama cuba terjemahkan 😊 Aku memohon ampun Ya Allah dengan apa yang telah mata ku lihat. Aku memohon ampun Ya Allah dengan apa yang telah telingaku dengar. Aku memohon ampun Ya Allah dengan apa yang telah aku katakan dengan mulutku. Aku memohon ampun Ya Allah terhadap apa yang telah tanganku sentuh. Aku memohon ampun Ya Allah dengan ke mana saja kakiku melangkah. Andai seorang hamba dianugerahkan rezeki berupa dunia dan seisinya, lalu si hamba mengucapkan "Alhamdulillah", maka sesungguhnya ilham kurniaan Allah kepada hamba tersebut untuk mensyukuri nikmat dengan ucapan "Alhamdulillah" itu, adalah lebih baik dan lebih agung dari anugerah keduniaan tersebut, kerana sesungguhnya kenikmatan dunia akan fana, sedang pahala mensyukuri nikmat akan berkekalan.. - IBN Q