SEJARAH PENTERJEMAHAN
SEJARAH PENTERJEMAHAN
Kepelbagaian bahasa yang wujud di
dunia ini menyebabkan ketidakupayaan kepada setiap individu untuk menerima atau
menghantar maklumat yang hadir dalam bahasa yang berlainan dengan bahasa yang
digunakan individu berkenaan, selain mewujudkan jurang untuk berkomunikasi
kerana batasan berbahasa. Inilah faktor yang mendorong kepada percambahan
bidang penterjemahan yang membolehkan pemindahan warta dilakukan dalam
memastikan proses pertukaran maklumat, pemindahan ilmu dan menjalinkan hubungan
melalui bahasa dapat berlaku.
Bidang
penterjemahan telah dianggap penting sejak berkurun-kurun lamanya dengan
penterjemahan kitab Bible secara besar-besaran pada zaman perluasan dan
penyebaran agama Kristian di Eropah, diikuti dengan penterjamahan Al-Quran
semasa era kegemilangan Islam, terutamanya dengan peranan institusi seperti
Baitul Hikmah ketika zaman pemerintahan kerajaan Abbassiyah di Baghdad, Iraq. Penterjemahan
pada zaman dahulu hanya tertumpu kepada kitab-kitab atau bahan bacaan umum yang
diperlukan dalam penyebaran agama, penaklukan dan penjajahan kawasan-kawasan
baharu.
v v Antara bukti sejarah penterjemahan sudah bermula sejak kurun lamanya:
1. Penemuan-penemuan artifak
di tapak kerajaan Assyria membuktikan bahawa proses penterjemahan telah berlaku
sejak 5000 tahun dahulu semasa kerajaan ini berada du bawah pemerintahan
Maharaja Sargon.
2. Penemuan batu bersurat yang mempunyai dua bahasa yang berlainan di tapak kerajaan Mesir Purba memperkuat lagi dakwaan bahawa proses penterjemahan merupakan cabang ilmu yang telah wujud semenjak manusia mula mengenali bahasa dan tulisan.
POSTED BY:
NUR BUSYRA KAUTHAR
Comments
Post a Comment