JENIS-JENIS KAMUS (ALAT BANTU MENTERJEMAH)

 

JENIS-JENIS KAMUS (ALAT BANTU MENTERJEMAH) 


      

                            

Kamus ialah sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan asal. 

 

Jenis-Jenis Kamus:

 

·     KAMUS EKA BAHASA

Kamus Eka Bahasa ialah kamus yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama.takrifan makna dibuat berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat. Penyusunan dibuat berasaslan pembuktian data korpus.

Contoh kamus Eka Bahasa ialah seperti: Kamus DewanQamus al-wasit dan lain-lain.

 

·     KAMUS DWI BAHASA

Kamus Dwi Bahasa ialah Kamus yang menggunakan dua bahasa kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain. 

Contohya:    Kamus Besar Arab-Melayu DewanKamus al-Marbawi  kamus Indonesia- Arab

Arab-Indonesia dan lain-lain.

 

·     KAMUS ANEKA BAHASA/MULTI BAHASA

Kamus jenis ini sekurang-kurangnya akan menggunakan tiga bahasa dalam menterjemah.

Contoh: kamus Melayu-Cina -Inggeris, Melayu-Arab-Inggeris dan lain-lain.

 

Berikut merupakan jenis-jenis kamus yang boleh kita pakai dalam menterjemah...

 

Kamus boleh membantu penterjemah mencari padanan kata yang tidak diketahui dan ada kalanya penterjemah tidak dapat mencari padanan makna sesuatu kata daripada kotak memorinya. Oleh itu, penterjemah perlu merujuk kamus. Kamus amat diperlukan oleh semua penterjemah, baik yang profesional mahupun yang amatur kerana ia merupakan alat bantu yang paling berguna ketika penterjemah tidak mengetahui padanan terjemah yang sesuai untuk satu-satu perkataan teks sumber, baik perkataan yang menyangkut  linguistik atau budaya.

Semoga Bermanfaat 😊 ...

 


POSTED BY,

NURSHAIRAH AHMAD MUSLIM




Comments

Popular posts from this blog

UNGKAPAN HARIAN

Perkataan Berlawanan