CERITA PENDEK (GABENOR YANG FAKIR)

 

CERITA PENDEK (GABENOR YANG FAKIR)


Perkongsian pada hari ini adalah berkaitan dengan cerita pendek dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu yang bertajuk gabenor yang fakir.


               


Pada suatu hari, seorang khalifah memberitahu menterinya bahawa beliau ingin membuat lawatan ke bandar-bandar dalam negara. Beliau ingin mengetahui keadaan rakyatnya untuk membantu rakyatnya yang fakir dan memerlukan.

Apabila khalifah itu tiba di bandar yang pertama, beliau bertanya mengenai nama-nama golongan miskin. Terdapat nama gabenor bandar diantara nama-nama tersebut. Khalifah berasa hairan dan mengarahkan gabenor itu untuk menghadapnya.

Khalifah itu pun bertanya: "Adakah anda fakir tetapi anda menerima gaji yang tinggi?".

Gabenor itu menjawab: "Saya menyerahkan gaji saya kepada fakir miskin supaya mereka tidak kelaparan dan tiada baki daripada gaji saya".

Khalifah berpuas hati dengan perbuatan gabenor itu lalu beliau menggandakan gajinya. Sejak itu, khalifah berbuat baik kepada golongan fakir miskin.

 

 

POSTED BY:

NUR BUSYRA KAUTHAR


Comments

Popular posts from this blog

UNGKAPAN HARIAN

Perkataan Berlawanan