PENTERJEMAHAN MERANGSANG PENGETAHUAN MASYARAKAT

 

PENTERJEMAHAN MERANGSANG PENGETAHUAN MASYARAKAT 


Buku dalam Bahasa asing yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu merupakan satu kaedah yang paling berkesan dalam proses pemindahan ilmu yang membolehkan masyarakat dapat mengikuti perkembangan ilmu sama ada yang terdahulu mahupun yang terkini. Usaha penterjemahan ini sangat berbaloi kerana bukan sahaja dapat menyebarluaskan ilmu, malahan dapat merangsang pengetahuan masyarakat tentang bidang penting seperti sains, teknologi dan multimedia. Melalui terjemahan juga, pembaca akan dapat menikmati karya-karya terbaik dunia. Buku-buku yang diterjemahkan bukan sahaja daripada Bahasa Inggeris, bahkan bahasa lain di dunia yang relevan dengan keperluan keluarga Malaysia.

Kesinambungan daripada penterjemahan buku Bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu itu akan dapat membantu komunikasi ilmu dengan bangsa lain. Misalnya, bidang perindustrian dan perubatan banyak menggunakan frasa dalam bahasa asing. Oleh itu, penterjemah ke dalam Bahasa melayu akan dapat memberikan kefahaman yang mudah dan jelas kepada individu yang baru mula menceburi bidang yang berkaitan. Antara karya yang telah diterjemahkan ialah Sherlock Holmes, karya Sir Arthur Conan. Karya yang terkenal di seluruh dunia ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu standard dan diterbitkan oleh PTS.

Pembelian buku terjemahan yang terdapat di pasaran dapat meningkatkan capaian pembaca serta merangsang minda masyarakat untuk lebih memahami dan mengetahui tentang masyarakat luar negaraa. Ilmu am sebegini sangat penting untuk mendidik masyarakat menjadi lebih peka dan menghormati adat dan budaya negara lain jika bderada di luar negara. Kebanggaan terhadap pemilikan koleksi penterjemahan bahasa asing ke dalam Bahasa Melayu bukanlah menjadi tujuan utama tetapi merupakan fokus kegiatan ini adalah untuk melahirkan generasi yang cakna ilmu di samping kesungguhan dalam memperkasakan Bahasa Melayu. Dalam hal ini, komitmen daripada penterjemah sangat dituntut.

Justeru itu, memang benar kerja penterjemah bukanlah suatu tugas yang mudah kerana memerlukan ketelitian semasa melaksanakan tugasan tersebut. Penguasaan terhadap bahan sumber dan bahasa sasaran menjadi keutamaan selain tempoh masa yang lama untuk menyiapkan sesuatu projek buku terjemahan.

 

POSTED BY,

NURSHAIRAH AHMAD MUSLIM

Comments

Popular posts from this blog

UNGKAPAN HARIAN

Perkataan Berlawanan